Skip to content

K & H RIA Species Gaharu kynam cantuman

K & H RIA Species Gaharu kynam cantuman

Species yang disahkan oleh kilang tempatan:

K & H RIA berjaya menyerlah diri daripada pesaing syarikat pertanian tempatan lain dengan pembekalan spesies pokok gaharu kynam cantuman yang disahkan oleh kilang tempatan.

Pelanggan syarikat kami mengelakkan risiko menanam species pokok gaharu kynam yang salah, walaupun kualitinya baik dan paling penting kesukaran untuk menjualkan hasil kayu pada masa tuaian yang akan datang.

Selain daripada itu, permohonan eksport permit yang makan masa lama tidak diperlukan lagi kerana hasil kayu boleh dijualkan balik kepada pasaran tempatan melalui kaedah yang lebih mudah sekarang.

Tidak perlu disuntik inokulan:

Berbanding species gaharu lain, gaharu kynam cantuman hanya menggunakan kaedah penggerudian yang paling asas untuk melukakan badan pokok bagi tujuan menghasilkan resin.

Langkah suntikan inokulan yang biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan dengan kos purata RM 150 sepokok tidak lagi diperlukan.

Tempoh penuaian dipendekkan kepada 4 tahun sahaja:

Dikira mula dari masa ditanam dalam tanah, pokok species gaharu kynam cantuman ini memerlukan hanya 4 tahun untuk menghasilkan resin (2 tahun untuk tempoh penanaman, 2 tahun untuk tempoh matang).

Berbanding dengan species gaharu lain yang biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun setengah untuk menghasilkan resin (t tahun untuk tempoh penanaman, 1 tahun setengah untuk tempoh matang), pelanggan yang menaman pokok gaharu kynam cantuman boleh mendapatkan keuntungan dalam masa yang lebih singkat.

Anggaran kos penanaman serendah RM200 dan pendapatan setinggi RM1000 bagi setiap pokok gaharu kynam cantuman:

Mengecualikan harga tanah dan benih, kos penanaman bagi setiap pokok gaharu kynam cantuman termasuklah gaji pekerja, bil air dan elektrik, baja, racun, peralatan serta perbelanjaan lain, serendah RM200 dalam masa 4 tahun.

Selepas 4 tahun ditanam, satu pokok boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 1kg resin, dikira selepas siap cuci. Mengikuti harga pasaran semasa, harga kayu gaharu kynam cantuman ini bermula dari RM1 hingga RM10 bagi setiap gram.

Jadi, kalau kita mengira RM1 bagi setiap gram secara konservatif, pendapatan setinggi RM1000 bagi setiap pokok gaharu kynam cantuman yang ditanam.

1 ekar boleh menanam agak 1000 pokok dengan jarak tanaman 6×6 kaki.